Kepentingan Penjenamaan Untuk Perniagaan Anda

By Dr Nurrul Iiyana [CTP, CPIF, MSTA], Certified Professional Coach (CPC-MIM)

Jenama adalah keperluan utama perniagaan anda. Kenapa ia satu keperluan? Tak kira kecil atau besar perniagaan anda, memposisikan jenama yang betul membolehkan anda ‘reach’ atau sampai kepada pelanggan sasaran anda secara terus. Penjenamaan mempunyai pengaruh yang kuat kepada keputusan untuk pembelian oleh pengguna.

“Menerusi data KPMG dalam Laporan Pengguna dan Realiti Baharu yang diambil dari lebih 12,000 pengguna seluruh dunia mendapati tiga pemacu pembelian paling mempengaruhi keputusan adalah nilai untuk wang (63 peratus), mudah dibeli (42%) dan kepercayaan terhadap jenama (41%)” Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/712898/pengguna-semakin-maju-dalam-penggunaan-teknologi-digital-kpmg

 

“Products are made from factory, but brands are created in mind”

“Produk dibuat dari kilang, tetapi jenama dibuat dalam fikiran”

Walter Landor

Apa itu penjenamaan?

Penjenamaan, menurut definisi, adalah amalan pemasaran di mana syarikat membuat nama, simbol atau reka bentuk yang mudah dikenali sebagai milik syarikat. Ini memudahkan pelanggan mengenal pasti dan membezakannya produk dan perkhidmatan anda dengajn pesaing yang lain”

pexels photo 4820838 1 1

image is by cottonbro from pexels.com

Bagaimana nak mulakan penjenamaan?

Asas jenama anda adalah logo. Selain itu, apa sahaja medium yang anda gunakan untuk mempromosikan perniagaan dan berkomunikasi dengan pelanggan anda seperti laman web, pembungkusan dan bahan promosi produk juga adalah jenama anda.

Tujuh( 7) tips mudah mengenai penjenamaan yang berkesan daripada artikel entrepreneur.com:

Bina logo yang hebat. Letakkannya logo anda di mana sahaja yang dapat dilihat pelanggan

Tuliskan pesanan jenama anda. Apakah mesej utama yang ingin anda sampaikan mengenai jenama anda?

Satukan jenama anda. Penjenamaan meliputi semua aspek perniagaan anda contohnya: (i) bagaimana anda menjawab telefon anda, (ii) uniform jurujual, (iii) kereta syarikat dan sebagainya

Jenama merupakan suara anda – Suara ini harus digunakan untuk semua komunikasi bertulis dan dimasukkan dalam gambaran visual semua bahan, dalam talian dan di luar.

Slogan: cari tagline yang menarik, bermakna dan ringkas untuk menggambarkan jenama anda.

Sahih (Authentic) : pelanggan berulang jika mereka percaya dengan apa yang anda tawarkan dan janjikan.

Konsisten: Ini yang paling penting. Sekiranya anda tidak konsisten, usaha anda untuk mewujudkan jenama akan gagal.

 

“Your brand is what people say about you when you are not in the room”

“Jenama anda adalah apa yang orang katakan tentang anda semasa anda tidak berada di dalam bilik”

Jff Bezos, CEO & Founder Amazon .Com

 

Jika anda memerlukan khidmat nasihat mengenai jenama boleh hubungi Brand Geeks Inc. Mereka telah banyak membantu perniagaan permulaan untuk membina jenama yang baik dan juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Klik pautan ini: https://brandgeeksinc.com/.

Pendaftaran jenama anda boleh dibuat di:  http://www.myipo.gov.my/ms/start/

Dr. Nurrul Iiyana memperoleh pengalaman lebih dari 15 tahun dalam pelbagai bidang, termasuk pelaburan, pasaran modal, pendidikan kewangan, dan keusahawanan. Beliau adalah Ph.D. dari Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEIF). Ph.D. Tesisnya adalah mengenai ‘Integrasi Pasaran Kewangan dan Implikasi Perkongsian Risikonya di Negara-negara Islam.’ Beliau kini aktif membantu banyak Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) melalui organisasinya, Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) untuk berkembang dan berjaya menembusi pasaran baru. Beliau juga merupakan Jurulatih Profesional Bertauliah (CPC-MIM). Sila ke pautan https://warungusahawan.com/ untuk membaca artikel-artikel lain yang beliau yang ditulis untuk PKS yang memerlukan.

Leave a comment